Rindu Untuk Ditarbiah
Sunday, December 7, 2014 | 1:05 AM | 0 Ice Cream[s]

Rindu rasanya,
Ditarbiah,
Ditegur bila tersalah,
Diingat bila terleka,
Dipujuk bila terluka.

Rindu rasanya,
Ditanya,
Bila ada yang tak kena.

Rindu,
Pada dia yang peduli.
Dan bila cuba menyimpan rapi, menyembunyikan luka dan segala calar dihati,
Dia tahu, dan perasan, ada sesuatu sebenarnya yang ingin dikongsi.

Rindu pada gengaman tangannya, memberi semangat saat goyah.
Rindu pada usapan tangannya pada bahu saat sebak menjengah.
Rindu pada kata-kata semangatnya.

Tak selamanya kita kuat,
Dan tak selamanya kita boleh bersendiri.
Dan kadang2, yang kita perlukan bukanlah orang yang boleh memahami dan mengerti,
Tapi seseorang yang boleh dipercayai, untuk berkongsi..

................................................................................................................................